Saturday 11 April 2015

Jimat atau Boros?



Penjimatan wang, kos dan masa adalah amat penting pada ketika ini untuk semua orang khasnya rakyat Malaysia. Salah satu cara untuk berjimat adalah disiplin, disiplin dan disiplin. Kenapa disiplin? Di sini kupasannya…. Bukan hanya mengupas bawang atau ubi kentang, secara amnya akan dikongsi disini. BR1M adalah pemberian dari kerajaan Malaysia pada rakyat/isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM4,000.00 kebawah untuk menampung kos sara hidup untuk setara atau seimbang kepada semua rakyat yang tinggal di Malaysia.
 Penjimatan wang amat sensasi dan serius pada masa kini kerana wang adalah instrumen terpenting dalam melonjak masa hadapan individu, organisasi, masyarakat, dan secara amnya pada sesebuah negara. Ekonomi juga bergantung pada aliran tunai yang amat meruncing samada ianya bergerak secara realistik, drastik ataupun merudum. Ini semua bergantung kepada cara olahan atau transaksi yang meransang sesuatu ekonomi itu.”
Fadzlie Ali.
Ada juga wang yang diterima adalah dari sumber seperti gaji bulanan (makan gaji), upah (membuat kerja-kerja yang dikhaskan), BR1M, pemberian harta pusaka, pinjaman peribadi dan pendapatan pasif (pelaburan internet).

Disiplin Wang
Wang yang digunakan adalah perlu cermat dan berhati-hati, kerana pada hari ini, manusia menggunakan wang dalam pelbagai bentuk dan cara. Sebagai contoh, wang anda boleh disimpan di dalam bank (samada simpanan tetap atau semasa), disimpan dalam bentuk bon/cagaran, dipegang secara tunai, secara kredit (kad kredit), pegangan saham (saham syarikat) dan sebagainya.

Yang khususnya disini adalah berdisiplin menggunakan wang dengan cara yang paling berhemah dan selamat. Wang yang digunakan bukan sekadar membayar hutang atau membuat hutang sahaja, akan tetapi wang tunai yang ada (baki/lebihan) harus juga perlu dilabur atau disimpan dalam ASN/ASB/Tabung Haji/SSP BSN dan sebagainya.

Ada juga yang menggunakan instrumen lain seperti membeli saham terbitan dari Bursa Malaysia, pelaburan emas (jual/beli emas ‘Gold 916/999‘), membeli aset (tanah/rumah/bangunan perniagaan), dan sebagainya.

Kesimpulannya

Wang adalah instrumen terpenting dalam hal-ehwal pengurusan kewangan yang cekap, lebih efisyen, mapan, kolektif, kreatif, inovasi, amanah, dan bertanggungjawab. Segala keputusan dalam menentukan arah tuju kewangan yang sejahtera akan membawa sesebuah negara lebih maju dan berdaya saing serta menjamin taraf kehidupan rakyatnya yang berdaya maju dan berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia iaitu Wawasan 2020.
Akhir kata, wang perlu dijimatkan, bukan untuk dibelanjakan secara boros dan tiada tujuan.

Sekian.

Followers

NuffnangX



Popular Posts