Sunday 21 December 2014

Rezeki Allah Ta'ala...

Alhamdulilah, Syukur kehadrat Ilahi diatas KurniaNya saya menikmati hidup pada hari ini. Keberlangsungan untuk menyusuri kehidupan yang fana ini, saya juga diduga dengan pelbagai dugaan dan bencana.
Satu persatu dapat saya tempuhi untuk mengharunginya... sedikit sebanyak dapat menjadi pengalaman dan ilmiah hidup untuk lebih maju dan terus berusaha ke arah KEBAIKAN... In Shaa Allah...

Ini pula yang telah saya tempuh dan akan berlaku dalam 2 bulan ini tahun 2014 :

Nombor Satu: Temuduga SPA - Jawatan: Penolong Penguasa Imigresen KP27.
Status: Gagal (29/11/2014).
Sebab: BMI terlebih dari "Range" - Kesian.

Nombor Kedua: Temuduga DBKL - Jawatan: Penolong Pengawai Teknologi Maklumat F29.
Status: Menunggu Jawapan (02/12/2014).
Sebab: Puas hati dapat menjawab soalan penemuduga dengan baik dan berkesan.

Nombor Ketiga: Ujian Bertulis DBKL - Jawatan: Penolong Pengawai Tadbir N27.
Status: Menunggu Jawapan (16/12/2014).
Sebab: Soalan mudah (aneka pilihan).

Nombor Keempat: Ujian Fizikal / Lasak DBKL - Jawatan: Penolong Pengawai Penguatkuasa N27.
Status: Menunggu tarikh ujian lasak (29/12/2014).
Sebab: ...belum lagi diuji .

 Mudah-mudahan saya bersyukur dengan ujian ini, moga-moga dapat jawatan yang saya ingin untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga saya, In Shaa Allah.


Tuesday 9 December 2014

Fotografi...

Fotografi adalah asas kehidupan jua... disamping memaparkan kehidupan malah ianya mengamit memori seketika...


Dikepilkan bersama sini beberapa "shoot" yang telah diambil dari siri fotografi tersebut....




Monday 8 December 2014

Majlis Perkahwinan Fatin dan Aiman

Ini hanya belanja gambar Majlis Perkahwinan anak Pak Ude Tajuddin Hashim di Dewan Cempaka, Taman Cempaka, Pandan, Selangor pada Hari Sabtu, 06/12/2014.... Memang Meriah... Memang riuh riang sanak saudara turut meraikannya....




 Semoga Berbahagia Sehingga Ke Anak Cucu Kelak ye...



Kursus Oh Kursus

Hari ini dan esok aku berkursus Fotografi dikelolakan oleh SIFOO Traning Solutions (Sifoo.com) di Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB DBKL).
Memang sangat menarik dengan asas fotografi yang sedia maklum berkenaan 3 aspek utama yang memberikan impak maksima iaitu:
a. ISO
b. F-Stop (Aperture)
c. Shutter Speed
Tiga elemen penting ini saling berkait antara satu sama lain untuk mendatangkan keseimbangan gambar yang di ambil....

Seperti biasa aku hanya bawa "My Gun" yang "without roses" iaitu Sony Alpha A57... yang menariknya kereatifan aku itu dapat berkongsi dengan Geng NIKON dan Geng CANON... dan saling berinteraksi secara adil dan saksama... lagi lagi yang ada "Full Frame"... "nice haa...."

Di sini aku ingin berkongsikan beberapa contoh gambar yang aku ambil tanpa edit langsung...



Esok Bersambung lagi....

Followers

NuffnangX



Popular Posts