Kemapan Worrior 2014

.
 Ulu Kemapan @ Taman Negeri Endau Rompin, Pahang Darul Makmur. 
XPDC mencari dan mengeledah kelah bermula pada 30 April Jam 2330 malam... Seterusnya bergerak ke lokasi Taman Negeri Endau Rompin, Pahang.
Sampai lokasi jam 0650 pagi. Bersiap sedia untuk 'Jungle Trekking' berjalan ke dalam hutan yang agak tebal serta laluan berbukit bukau, berpaya, laluan air anak sungai, laluan 'Gajah' & 'Harimau', laluan berliku pacat & lintah serta menikmati udara yang amat segar kicauan unggas keindahan alam flora & fauna... 

Sungguh mengasyikkan... sukar digambarkan hanya rakaman dari foto-foto yang di ambil ini untuk dijadikan tatapan umum... nak lebih kene bayar la yer ataupun pergi alami sendirik okay...

Pengalaman 4 hari 3 malam sungguh tidak dapat diduga... pelbagai halangan, harungan, cabaran mendebarkan, suka-duka, gelak sakan, perasaan teruja yang mengamatkan suasana memberikan impak terutamanya gigitan dari sang penghisap darah iaitu pacat & lintah...

Carian dan pengeledahan misi kali ini di Ulu Kemapan bukan sahaja Sang Raja Ikan iaitu Ikan Kelah, Ikan Sebarau, Tengas, dan lain-lain... 
Akan tetapi kami semua mengharungi 3 Tapak Khemah (3 Camp Site) dalam tempoh kami bermalam di dalam Hutan Taman Negeri Endau Rompin...
Katakan Worrior... kenalah sanggup terima apa sahaja, right?

Ada yang 'Aku Garang', ada juga yang kaki pancing, ada juga si beg putus, ada juga nak air laici, dan pelbagai gelagat ketika di dalam hutan tersebut...
Pendek kata, pelbagai ada disitu... 





















0 comments:

Post a Comment

Followers

NuffnangX

Popular Posts